Sabtu, 3 Oktober 2009

KAEDAH PEMBANGUNAN KAMPUNG

KAEDAH PEMBANGUNAN KAMPUNG


Pentadbiran Kampung Damak dibahagikan kepada 12 kawasan .Wakil dari setiap kawasan itu dijadikan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Damak. Jawatankuasa ini dibentuk dan mentadbir dibawah bidang tugas masing-
masing yang mana sebanyak 12 buah biro diujudkan. Biro-biro tersebut
seperti:


1. Biro Agama dan Pembangunan Insan
2. Biro Pelajaran dan Teknologi Maklumat
3. Biro Ekonomi dan Usahawan
4. Biro Pertanian dan Ternakan
5. Biro Keselamatan
6. Biro Belia dan Sukan
7. Biro Hal Ehwal Wanita
8. Biro Kesihatan
9. Biro Pembangunan dan Kemudahan Asas
10. Biro Kebudayaan dan Kesenian
11. Biro Kebajikan dan PPRT
12. Biro Keindahan dan Alam Sekitar



BIRO AGAMA

• Matlamat Biro Agama


1.Setiasa mencari ilmu yang diredhoi oleh Allah swt dan Rasulnya
Nabi Muhammad sw demi kebaikan dunia dan ikhrat.
2.Membina masyarakat berkeyakinan penuh tanpa syak kepada
Allah swt.
3.Menyeru masyarakat supaya beramal ilmu dunia seolah kita hidup
selama-lamanya dan beramal ilmu ikhrat seolah-olah kita akan
mati esuk hari.
4.Membina masyarakat supaya meletakkan Agama Islam lebih
daripada yang lain, makhluk tidak berkuasa Allah yang berkuasa
dan sentiasa bertakwa.



• Tugasan


1.Menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
2.Menggalakan masyarakat bersembahyang jumaah lima waktu
di masjid.
3.Mengajurkan sambutan hari kebesaran Islam.
4.Mengadakan ceramah-ceramah dan seminar-seminar agama
di masjid
5.Mengadakan kelas al-Quran dan tafsir di masjid
6.Memastikan tiada masyarakat mengamalkan ajaran sesat yang
terkeluar dari akidah Islam.



• Aktiviti Masjid Kampung Damak


1.Majlis membaca Surah Yassin tiap-tiap malam Jumaat
2.Belajar Bacaan al-Quran tiap-tiap malam Ahad.
3.Ceramah agama hari Selasa malam
4.Ceramah agama didatangkan dari luar sebulan atau dua bulan
sekali.
5.Perayaan dan Sambutan Hari Kebesaran Islam:

5.1.Sambutan Awal Hijjrah
5.2.Sambutan Maulidul Rasul
5.3.Sambutan Isyrak dan Mekraj
5.4.Sambutan Bulan Syaban – Bacaan Yassin.
5.5.Solat Tarawih dan Tadarus.
5.6.Majlis Berbuka Puasa Seminggi sekali.
5.7.Pihak masjid melaksanakan Ibadah Qurban
Bagi mereka yang berhajat.


BIRO PELAJARAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Institusi Pendidikan Yang Ada Di Kampung Damak

1.Taman Bimbingan Kanak-Kanak (KEMAS)
1.1.Guru seorang
1.2.Pembantu seorang
1.3.Pelajar 19 orang =Lelaki: 9 orang. Perempuan: 10 orang

2.Taman Bimbingan Kanak-Kanak Jabatan Perpaduan
2.1.Guru : 1 orang
2.2.Pembantu : 1 orang
2.3.Pelajar : 25 orang =Lelaki : orang.
Perempuan: orang
3.Sekolah Kebangsaa Damak
3.1.Guru 31orang = Lelaki : 23 orang.
Perempuan : 8 orang

3.2.Pelajar 460 orang = Lelaki : 240 orang.
Perempuan : 220 orang

4.Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Damak
4.1.Guru 6 orang =Lelaki : 00 orang.
Perempuan: 6 orang.
4.2.Pelajar 62= Lelaki : 37 orang.
Perempuan: 25 orang.

5.Sekolah Menengah Kebangsaan Damak

5.1.Guru 45 orang=Lelaki : 21 orang.
Perempuan :24 orang.
5.2.Pelajar 670 orang =Lelaki : 342 orang.
Perempuan: 328 orang.

5.3.Pelajar Melayu : 573 orang
5.4.Pelajar Cina : 90 orang
5.5.Pelajar India : 5 orang
5.6.Pelajar Lain-lain : 2 orang





Pelajar Di Pusat Pengajian Tinggi.

1.Tingkat: 6 Sek. Men. Jerantut: = orang – L: orang. P: orang
2.Tingkat: 6 Sek. Men. Padang Saujana= orang – L: orang.P: orang


3.Universiti Malaya (UM) = orang L : orang P: orang
4.Universiti Keb. Malaysia(UKM) = orang L : orang P: orang
5.Universiti Utara Malaysia(UUM) = orang L : orang P: orang

* MAKLUMAT SEDANG DIKEMASKINI




Aktiviti Yang Dijalankan:


1.Menggalakan pelajar sekolah menggunakan komputer
2.Bekerjasama dengan sekolah menerangkan kepada
Ibubapa atau masyarakat setempat betapa perlunya ilmu ICT.





BIRO EKONOMI DAN USAHAWAN

Biro ini diujudkan untuk melahirkan usahawan di Kampung Damak terutamanya
dikalangan bumiputera. Disamping itu mereka boleh berdikari dan meningkat taraf
hidup penduduk tanpa bergantung kepada makan gaji.


• Senarai Kegiatan Ekonomi

Bil Jenis Kedai Bilangan
01 Kedai Runcit 15 buah
02 Kedai Minum 08 buah
03 Kedai Makan 03 buah
04 Kedai Bengkel Motor 03 buah
05 Kedai Hardware 02 buah
06 Kedai Perabot 02 buah
07 Perusahaan Mee Kasar 01buah
08 Perusahaan Ruti dan Kek 01buah
09 Perusahaan Kerepek Pisang 01 buah
10 Bengkel Kereta 02 buah
11 Bengkel Pembuatan Besi 02 buah
12 Kedai Gunting 02 buah
13 Kedai Telefon 01 buah
14 Kedai Membeli Getah 03 buah
15 Kedai Jahit 01 buah
16 Kedai Membaiki TV 01 buah
17 Kedai Singer 01 buah
18 Kedai Letrik 01 buah
19 Kedai Alatan Pertaniaan 01 buah
20 Kedai Makan Malam 02 buah
21 Pasar Malam 30 peserta
22 Pekan Sari 40 peserta





• Galakan dan Pemantauan


1.Untuk menggalakan penduduk supaya pendapat mereka bertambah dari masa
ke masa.
2.Untuk menggalakan para belia dapat menumpukan kepada bidang ekonomi
bagi menyara hidup mereka dengan yang meyakinkan
3.Supaya memperluaskan pemasaran perusahaan kecil itu kepada tahap yang
lebeh luas.
4.Memberi peluang pendapatan penduduk bertambah tidak kurang dari
RM1,000 hingga RM2,000 keluar daripada tahap kemiskinan.
5.Mengurangkan bilangan penduduk yang menganggur.



BIRO PERTANIAN DAN TERNAKAN

Matlamat Biro.

Matlamat Biro ialah untuk menyambut saranan kerajaan khususnya Kementerian
Pertanian supaya kegiatan pertanian dan ternakan satu usaha berpotensi yang
dijalankan secara moden dan efesyen serta mendapat hasil yang berkualiti.


Objektif Biro.


1.Untuk meningkatkan pendapatan petani.
2.Menggalakan petani menggunakan cara moden.
3.Menggunakan tanah untuk pertanian secara menyeluruh.
4.Menyahut saranan kerajaan supaya program Buku Hijau dijalankan
sepanjang masa.


Tanah Pertanian : 57 hikter.
Tanaman Utama
1. Kelapa Sawit : 30 hikter.
2. Getah : 27 hikter.
Tanaman Sampingan
1.Pokok Sentang : 4 hikter.
2.Buah-buahan : 14.4 hikter.
2.1.Dukung : 5 hikter.
2.2.Durian : 3.3 hikter.
2.3.Mangga : 0.2 hikter.
2.4.Rambutan: 2.1 hikter.
2.5.Salak : 1.8 hikter.
3.Sayur-sayuran : 2 hikter
Ternakan:

1.Kolam Ikan Air Tawar: 3 buah.
2.Lembu : 812 ekor.




BIRO KESELAMATAN


Matlamat

Untuk mempasti seluruh kampung dalam keadaan selamat dan penduduknya
hidup dalam keadaan aman dan tenteram.

Tujuan

1.Supaya menjadi mata dan telinga kerajaan.
2.Supaya bertanggungjawab kepada kampung dan negara.
3.Supaya membasmi penyalahan gunaan dadah.
4.Supaya merapatkan perhubungan diantara masyarakat.

Agensi Yang Terlibat

1.Pasukan Polis DiRaja Malaysia
2.Pasukan RELA
3.Pasukan Rukun Tetangga
4.Majlis Keselamatan Daerah dan Negeri
4.Lain-lain yang hubungan dengan keselamatan

Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung

Pengerusi : Tuan Haji Mahayudin bin Haji Idris.
Setiausaha : Encik Adnan bin Haji Jusoh.
Ahli Jwatankuasa :
1.Tuan Haji Mohd.Zain bin Long………….JKKK
2.Ym Tengku Abd.Rahman bin T.Majid…..JKKK
3.Tuan Syed Ali Akbar bin Syed Manja……JKKK
4.Encik Abd.Aziz bin Mohamad……………RELA
5.Encik Hamdan bin ……………RELA
6.Encik Samsudin bin ……………RELA
7.Encik Arumugam a/l Marippan ………….KRT
8.Encik Zaini bin Pandak …………………KRT
9.Encik Sabri bin Hj.Majid………………….KRT
10.Encik Fauzi bin Abd.Latif…………………BELIA
11.Encik Rasidi bin Hj.Ramli…………………BELIA
12.Encik Ramli bin Mustapha ……………….BELIA
13.Encik Sam Ah Kan ………………………..W/KAUM CINA



Komponen Keselamatam

1.Pasukan RELA seramai : 36 orang.
2.Pasukan Rukun Tetangga seramai : 25 orang.


Aktiviti Biro

1.Menjalankan rondaan malam oleh JKKK, RELA, Rukun Tetangga
bersama anggota polis mulai pukul 12.00 malam hingga 5.00 pagi.
2.Membina pondok pos keselamatan.
3.Menyusun pasukan yang bertugas dan kertas laporan.
4.Mengawasi penagih dadah yang disaki.
5.Memberi penerangan mengenai keburukan penyalahan gunaan dadah
Bersama AADK Daerah.
6.Mengawasi dan tangkapan khawat.

Peraturan Rondaan

1.Semua ahli yang menyertai Skim Rondaan ini didaftarkan terlebih dahulu dan
semua nama tersebut dihantar kepada pihak polis sebagai maklumannya.
2.Rondaan bermula dari pukul 12.00 malam hingga 5.00 pagi.
3.Jadual rondaan ini dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Induk.
4.Rondaan dijalankan mengikut kumpulan.
5.Ahli yang tidak berdaftar tidak dibenar menyertai rondaan ini.
6.Selepas rondaan Ketua Kumpulan hendaklah memberi laporan bertulis
kepada Ketua Bilik Gerakan.




BIRO BELIA DAN SUKAN


Matlamat Biro Belia Dan Sukan

1.Supaya semua belia dan beliawanis bersatu padu untuk menjalakan aktiviti
aktiviti yang berfaedah kepada diri sendiri, masyarakat setempat dan
Negara.
2.Supaya menjadi generasi berwawasan dan berfikiran kelas pertama.
3.Supaya dapat bersaing dengan dunia global.
4.Supaya dapat menjadi ahli sukan yang disegani dunia.

Objektif

1.Menyelaraskan kegiatan belia yang dianjurkan oleh Badan Sukarela dan Politik
anjuran peringkat kampung,daerah dan negeri.
2.Supaya semua belia dan beliwanis menjalankan aktiviti yang telah
dirancangkan.
3.Menggalakan para belia dan beliawanis menyertai apa-apa persatuan
Yang dibenarkan oleh kerajaan.


Nama-Nama Pertubuhan

1.Persatuan Belia Wawsan Kampung Damak
2.Kelab Bola Sepak Dinamis FC.
3.Gerakkan Belia 4B Malaysia Cawangan Kg Damak

Pencapaian Dalam Permainan dan Sukan

1.Bola Sepak : Masuk Peringkat Akhir
Liga Piala Emas Daerah Jerantut(Dinamis F.c)

:Tempat Ketiga , anjuarn FELDA
Sungai Retang, Jerantut.

:Tempat Ketiga , anjuran FELDA
Jengka 22.

PEIMPIN BELIA BERSAMA PEMIMPIN SETEMPAT DAN YB ADUN DAMAK DATO' LAU LEE
GAMBAR SEWAKTU PERASMIAN BELIA WAWASAN KG DAMAK

HAL EHWAL WANITA

Matlamat

1.Untuk menyatukan kaum ibu yang ada di Kampung Damak.
2.Untuk memberi kesederan tentang tanggungjawab sebagai
sorang wanita yang dinamakan ibu.
3.Untuk menyatakan peranan kaum wanita dalam pendidikan
Dan pembangunan.


Objektif

1.Supaya kaum wanita atau kaum ibu bersatu padu dalam berbagi-bagai
Kegiatan.
2.Supaya kaum wanita atau sedar dan faham tentang tanggungjawab
Sebagai seorang ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan